26/03/2018
Cambridge Assessment English kini merupakan penyedia kelayakan kemahiran bahasa Inggeris yang diluluskan di Emirat Dubai berikutan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengetahuan dan Pembangunan Manusia (KHDA - Knowledge and Human Development Authority) di Dubai.
Dua Cambridge English Qualifications - B2 First dan C1 Advanced kini diiktiraf sebagai bukti kemahiran Bahasa Inggeris untuk guru-guru di Dubai. Usaha ini merupakan sebahagian daripada rancangan KHDA yang lebih besar untuk memastikan para pemimpin pendidikan, di semua peringkat tanggungjawab, dapat menunjukkan kecekapan profesional yang sejajar dengan aspirasi Visi 2021 UAE dan amalan terbaik antarabangsa.
Ramiz Haddadin dari Cambridge Assessment English menjelaskan "Misi kami adalah untuk membantu orang ramai belajar bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia, dan kami sangat gembira kerana KHDA sedang mengambil langkah untuk meningkatkan tahap bahasa Inggeris di negara ini. Kami berharap bahawa langkah ini akan membantu Emriat memastikan para guru dan pemimpin pendidikan dapat memiliki kecekapan profesional yang sejajar dengan piawaian antarabangsa untuk mewujudkan budaya pembelajaran yang berkembang yang memungkinkan para pelajar menjadi pelajar yang bersemangat, berfikiran untuk bekerjaya dan berdikari serta bersedia untuk masa depan yang menguja."
Cambridge Assessment English merupakan sebuah jabatan di Universiti Cambridge. Peperiksaan Cambridge English diambil oleh lebih daripada lima juta orang setiap tahun, di lebih 130 negara. Ia diiktiraf oleh lebih daripada 20,000 universiti, majikan dan kerajaan di seluruh dunia, jumlah yang semakin meningkat dengan pesat.