Terma Penggunaan
Laman web ini disediakan oleh Canselor Ijazah University of Cambridge bertindak melalui jabatan University of Cambridge Local Examinations Syndicate (juga dikenali sebagai Cambridge Assessment) dan Cambridge Assessment English, pusat operasinya di 1 Hills Road, Cambridge, Cambridgeshire, CB1 2EU, United Kingdom.
Penggunaan anda laman web di www.cambridgeenglish.org ('Laman') ditentukan oleh syarat penggunaan ini, dan dengan menggunakan Laman ini anda bersetuju dengan syarat penggunaan ini. Anda boleh mencetak dan menyimpan salinan syarat penggunaan ini. Syarat penggunaan ini adalah perjanjian sah di antara kita dan hanya boleh diubah suai dengan persetujuan bertulis terdahulu Cambridge Assessment English. Cambridge Assessment English mempunyai hak untuk mengubah syarat mengikut budi bicaranya dengan mengubahnya pada laman web daripada Laman ini.
Jika anda tidak bersetuju dengan apa-apa terma dan syarat dalam terma penggunaan ini anda hendaklah menamatkan penggunaan Laman ini dengan segera.
1 Ketepatan maklumat dan penafian
1.1 Cambridge Assessment English akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk memastikan semua maklumat pada Laman adalah tepat. Walau bagaimanapun, Laman dan bahan yang terdapat pada Laman disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak bertujuan untuk menyediakan maklumat atau panduan komprehensif mengenai subjek yang dilindungi. Sebelum menandatangani apa-apa kontrak berdasarkan atau berhubung dengan maklumat mengenai laman ini, anda hendaklah memperoleh maklumat penuh daripada organisasi atau individu dengan siapa anda mula berbincang mengenai kontrak. Cambridge Assessment English tidak bertanggungjawab untuk maklumat yang diberikan oleh mana-mana pihak ketiga berhubung dengan kontrak tersebut.
1.2 Anda mengesahkan bahawa apa-apa kebergantungan pada apa-apa maklumat atau bahan lain yang terkandung di Laman ini adalah atas risiko anda sendiri secara keseluruhan dan semua waranti lain, aku janji, syarat dan terma, tersurat atau tersirat, sama ada melalui common law, statut, adat resam, penggunaan perdagangan, perjalanan urusan atau sebaliknya (termasuk tanpa pembatasan mengenai kualiti, kelayakan untuk tujuan, prestasi atau kesesuaian untuk tujuan) berhubung dengan Laman ini dengan ini dikecualikan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
1.3 Tidak ada apa-apa pun dalam terma penggunaan ini akan mengecualikan liabiliti kami kepada anda untuk salah nyata palsu oleh Cambridge Assessment English atau pekerja-pekerjanya atau kematian atau kecederaan diri akibat daripada kecuaian Cambridge Assessment English atau daripada pekerja kami.
1.4 TERTAKLUK KEPADA YANG DI ATAS, ANDA MENGESAHKAN BAHAWA LIABILITI KAMI KEPADA ANDA UNTUK KERUGIAN LANGSUNG YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ANDA LAMAN INI ADALAH TERHAD KEPADA £100 (SATU RATUS PAUN STERLING) UNTUK APA-APA SATU INSIDEN ATAU SIRI INSIDEN. WALAU BAGAIMANAPUN, DALAM APA KEADAAN PUN KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB KEPADA ANDA DI BAWAH ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ANDA LAMAN INI UNTUK APA-APA KERUGIAN TIDAK LANGGSUNG, EKONOMI ATAU KERUGIAN TURUTAN SEKALI PUN, KERUGIAN ATAU HASIL, KERUGIAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MUHIBAH ATAU REPUTASI, KEHILANGAN PENGGUNAAN, APA-APA PEMADAMAN, KEROSAKAN, KEMUSNAHAN, KEHILANGAN ATAU PEMBUANGAN DATA ATAU APA-APA BAYARAN PROFESIONAL.
1.5 Anda mengesahkan bahawa kami tidak dapat menjamin bahawa Laman kami akan sentiasa boleh diperoleh kepada anda, disebabkan sifat internet. Selain daripada itu, anda mengesahkan bahawa Laman kami mungkin tidak tersedia disebabkan penyelenggaraan, tetapi jika ada kemungkinan kami akan menjalankan penyelenggaraan di luar waktu operasi teras, dan kami akan cuba mengurangkan tempoh sebarang gangguan.
2 Tatakelakuan
2.1 Anda bersetuju untuk memastikan bahawa apa-apa butiran yang anda berikan kepada kami melalui Laman ini adalah tepat dan untuk memberitahu kepada kami dengan segera jika apa-apa butiran yang anda berikan kepada kami mengenai anda berubah.
2.2 Jika mengakses mana-mana bahagian Laman kami yang memerlukan anda untuk memasukkan kata laluan anda bersetuju untuk menyimpan apa-apa nama log masuk dan kata laluan peribadi untuk penggunaan Laman sulit, dan untuk bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan akibat daripada penggunaan kata laluan oleh mana-mana pihak ketiga.
2.3 Kami mempunyai hak untuk menamatkan akses ke kawasan dilindungi-kata laluan Laman kami sekiranya kami anggap penggunaan anda terhadap Laman boleh terjejas kepada Laman atau pengguna lain.
2.4 Jika mengakses mana-mana bahagian Laman anda bersetuju:
2.4.1 tidak menggunakan Laman dengan cara yang mengganggu, menyusahkan atau menyekatkan penggunaan Laman oleh pengguna pihak ketiga lain;
2.4.2 untuk memastikan bahawa apa-apa bahan dimuat naik, dipaparkan atau dihantarkan oleh anda melalui atau ke Laman adalah tidak palsu, menggusarkan, fitnah, mengancam, lucah, menyalahi undang-undang dan tidak melanggar atau mencabuli hak mana-mana orang di mana-mana sahaja di dunia dan anda mengetepikan apa-apa hak moral berhubung dengan apa-apa bahan tersebut;
2.4.3 tidak boleh menjurutera semula, menyahsenarai, menyalin atau menyesuaikan apa-apa perisian atau kod lain atau skrip membentuk sebahagian daripada Laman maupun cubaan untuk menghantar ke atau melalui Laman apa-apa maklumat yang mengandungi virus, cecacing, kuda Trojan atau komponen berbahaya atau pemusnah;
2.4.4 tidak menghantar e-mel 'spam' atau apa-apa surat-menyurat tidak diminta yang tidak berkaitan dengan Cambridge Assessment English kepada mana-mana alamat yang dibuat yang boleh diperoleh pada Laman; dan
2.4.5 tidak mengubah, mengubah suai, memadam, mengganggu atau salah guna data yang terkandung pada Laman yang dimasukkan oleh atau berkaitan dengan mana-mana pengguna pihak ketiga Laman.
2.5 Jika kami tanggung kerugian disebabkan pelanggaran terma penggunaan ini oleh anda, anda bersetuju untuk membayar ganti rugi untuk sebarang kerugian.
2.6 Anda harus memuaskan diri anda bahawa anda mempunyai perlindungan sewajarnya terhadap virus komputer, cecacing, kuda Trojan atau item lain bersifat pemusnah ketika menggunakan internet dan sambungan anda ke Laman adalah selamat.
3 Pautan dan papan mesej
3.1 Laman mungkin termasuk pautan hiperteks ke laman web pihak ketiga.
CAMBRIDGE ASSESSMENT ENGLISH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK DAN TIDAK MEMBERI WARANTI, JAMINIAN ATAU REPRESENTASI BERHUBUNG DENGAN, KANDUNGAN ATAU BOLEH DIPEROLEH BAHAN MANA-MANA LAMAN PIHAK KETIGA.
3.2 SEBARANG PENDAPAT DIUNGKAPKAN PADA PAPAN MESEJ MEMBENTUK SEBAHAGIAN DARIPADA LAMAN TIDAK SEMESTINYA DARIPADA CAMBRIDGE ASSESSMENT ENGLISH, ATAU SESIAPA YANG BERHUBUNG DENGAN CAMBRIDGE ASSESSMENT ENGLISH. Kami mempunyai hak untuk mengedit atau memadam apa-apa pos kepada papan mesej mengikut budi bicara mutlak kami, tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk mengawasi atau meminda kandungan papan mesej tersebut.
3.3 Anda boleh mencipta pautan hiperteks ke Laman kami, tetapi kami akan minta pautan itu dihalakan ke Laman homepage di www.cambridgeenglish.org sebagai pautan dalam Laman yang mungkin berubah dari semasa ke semasa.
4 Hak cipta dan harta intelektual
4.1 Hak cipta dan harta intelektual lain dalam bahan yang terkandung dalam Laman, termasuk tanpa pembatasan, teks, imej, skrip dan bunyi, dimiliki oleh UCLES kecuali di mana dinyatakan sebaliknya, Hak cipta © UCLES 2017.
4.2 Anda boleh cetak petikan dari Laman atau mana-mana halamannya untuk penggunaan peribadi anda atau untuk membantu dalam menyediakan pelajar di sekolah untuk peperiksaan disediakan oleh Cambridge Assessment English, tetapi bukan untuk apa-apa tujuan lain.
4.3 Anda boleh membuat salinan sementara halaman ini untuk tujuan melihat halaman dengan perisian pelayar, sebaliknya tidak boleh salin, membuat salinan, mengedar semula kandungan halaman ini secara keseluruhan atau sebahagian tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Cambridge Assessment English.
4.4 Semua hak lain terpelihara.
4.5 Cambridge merupakan tanda dagang berdaftar University of Cambridge di UK dan di negara lain.
5 Perlindungan data
5.1 Dengan mendaftar untuk mengakses bahagian selamat Laman ini, anda mengizinkan kepada kami memproses data peribadi anda menurut Penyata Pelindung Data dan Privasi.
6 Perjanjian lain
6.1 Terma penggunaan ini tidak akan menjejaskan atau mengatasi statut University of Cambridge, atau apa-apa perjanjian bertulis lain yang anda miliki dengan Cambridge Assessment, UCLES, Cambridge Assessment English atau Universiy of Cambridge.
7 Menghubungi kami
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai terma penggunaan ini anda hendaklah menghubungi pasukan Meja Bantuan.
8 Undang-undang dan bidang kuasa yang menentukan
8.1 Terma dan syarat ini hendaklah ditentukan dan ditafsirkan menurut common law. Setiap pihaktidak boleh membatalkan dan untuk mengemukakan kepada mahkmah England yang mempunyai bidang kuasa bukan eksklusif atas apa-apa tuntutan atau perkara yang berbangkit di bawah atau berhubung dengan terma dan syarat ini.