16/07/2018
Cambridge Assessment, organisasi bukan berasaskan keuntungan di University of Cambridge, telah menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Pusat Bahasa Serantau SEAMEO (RELC) pada hari ini untuk menyokong guru dan pelajar, mengajar serta belajar bahasa Inggeris. Ini akan memberi akses kepada Cambridge English Qualifications – ujian yang diiktiraf di seluruh dunia, meliputi semua peringkat dari kanak-kanak sehingga pelajar dewasa yang memastikan pelajar meningkatkan -kemahiran yang diperlukan untuk menulis, membaca, berbicara dan mendengar dengan berkesan dalam bahasa Inggeris. Perkongsian ini juga akan menggalakkan kelayakan Cambridge CELT-P dan CELT-S yang meningkatkan kemahiran profesional guru bahasa Inggeris sekolah rendah dan menengah.
Encik Saul Nassé, Ketua Eksekutif Kumpulan Cambridge Assessment berkata, “Cambridge English berkomited dalam membantu orang ramai mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Kami bersuka cita kerana perkongsian kami dengan SEAMEO RELC membolehkan kami menyediakan pembangunan profesional kelas pertama bagi guru yang merupakan pintu masuk bagi pelajar meningkatkan kemahiran diri mereka melalui bahasa Inggeris. Kami teruja untuk menyediakan pelajar bahasa akses kepada kelayakan bahasa Inggeris yang berguna dalam kehidupan mereka, terutama apabila Asia Tenggara terus menempa nama di peringkat global."
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahasa Inggeris Serantau SEAMEO, Cik Susan Leong berkata, “Bahasa Inggeris adalah keutamaan bagi sistem pendidikan di rantau kita kerana ASEAN telah mengadaptasikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kerja di kalangan negara anggota. Oleh itu, terdapat keperluan memperoleh kemahiran bahasa Inggeris dan akses kepada Cambridge English Qualifications membantu memastikan pelajar mempelajari kemahiran bahasa Inggeris praktikal untuk membantu mereka dalam kehidupan pendidikan dan profesional mereka."
Kedua-dua organisasi ini juga akan bekerjasama untuk menawarkan ujian dari Cambridge Assessment Admission serta ujian pakar untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam perubatan atau kerjaya dalam penjagaan kesihatan di negara berbahasa Inggeris. Ujian ini termasuk Soal Selidik Gaya Peribadi Cambridge, Penilaian Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Matematik untuk pihak berkepentingan pendidikan dan penjagaan kesihatan serta Biomedical Admissions Test dan Occupational English Test untuk pekerja penjagaan kesihatan
Pusat Bahasa Serantau SEAMEO, merupakan salah satu daripada 24 pusat pakar yang ditubuhkan oleh Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam pendidikan, sains dan budaya di kalangan 11 negara anggota SEAMEO: Brunei Darussalam, Cambodia,-, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam
Mengenai Cambridge Assessment English
Cambridge Assessment English adalah sebahagian daripada kumpulan Cambridge Assessment. Ia bertanggungjawab untuk Cambridge English Qualifications, pensijilan guru dan perkhidmatan ujian lain bagi lebih daripada lima juta orang setiap tahun di lebih 140 buah negara. Cambridge Assessment English adalah pemilik bersama IELTS, ujian terkemuka dunia bagi bahasa Inggeris untuk penghijrahan antarabangsa dan pendidikan tinggi, bersama dengan British Council dan IDP: IELTS Australia.
Mengenai Pusat Bahasa Serantau SEAMEO
Pusat Bahasa Serantau SEAMEO (RELC) adalah organisasi organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1968 oleh Menteri-menteri Pertubuhan Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO). SEAMEO RELC meraikan ulang tahun ke 50 pada tahun ini, dan tetap berdedikasi untuk misi membangunkan pendidikan bahasa di rantau ini dan menggalakkan kerjasama antarabangsa di kalangan profesional bahasa. RELC bekerjasama dengan pakar bahasa dan pendidik bahasa dari rantau Asia Tenggara dengan menyediakan kursus bahasa, bengkel dan program khusus lain yang menyumbang kepada pendidikan bahasa dan pembangunannya. RELC juga menganjurkan kursus bahasa bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka. SEAMEO RELC menganjurkan persidangan antarabangsa tahunan yang menyediakan platform untuk pemimpin pemikir bahasa dan kumpulan pemikir untuk berkongsi dan membincangkan penyelidikan dan idea bagi pendidikan dan pembangunan bahasa. Penemuan ini juga dikongsi bersama masyarakat dunia melalui jurnal dan penerbitannya.