Melalui University of Cambridge Local Examinations Syndicate dan Cambridge Assessment English, University of Cambridge telah menandatanganii perjanjian dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam projek penyelidikan tentang Pengajaran dan Penilaian Bahasa Inggeris melalui ‘Program Dana Penyelidikan Cambridge English’.
Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar UPM sebelum tamat pengajian dan meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan sijil Linguaskill sebagai salah satu syarat tamat ijazah.
Linguaskill dihasilkan oleh Cambridge Assessment English yang membangunkan ujian terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru Bahasa termasuk Cambridge English Qualifications dan IELTS. Ujian ini meliputi empat kemahiran bahasa utama – mendengar, bertutur, membaca and menulis dengan menggunakan Kepintaran Buatan (Artifical Intelligence) untuk memberikan penilaian tepat terhadap kemahiran bahasa dalam jangka masa se-awal 48 jam. Keputusan penilaian adalah sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR) - satu piawaian global yang menerangkan keupayaan berbahasa.