Skip to main content
Cambridge
  • Products and Services

    Products and Services

    • Products and Services

      Our innovative products and services for learners, authors and customers are based on world-class research and are relevant, exciting and inspiring.

    • Academic Research, Teaching and Learning
    • English Language Learning
    • English Language Assessment
    • International Education
    • Education resources for schools
    • Bibles
    • Educational Research & Network
    • OCR
    • Cambridge Assessment Admissions Testing
    • Cambridge CEM
    • Partnership for Education
    • Cambridge Dictionary
    • The Cambridge Mathematics Project
    • CogBooks
    • Bookshop
  • About Us

    About Us

    • About Us

      We unlock the potential of millions of people worldwide. Our assessments, publications and research spread knowledge, spark enquiry and aid understanding around the world.

    • What we do
    • Our story
    • People and planet
    • Diversity and inclusion
    • Annual Report
    • News and insights
    • Governance
    • Legal
    • Accessibility
    • Rights and permissions
    • Contact us
    • Media enquiries
  • Careers

    Careers

    • Careers

      No matter who you are, what you do, or where you come from, you’ll feel proud to work here.

    • Careers
    • Jobs
    • Benefits
Ubah Bahasa

Cambridge English Language Assessment

Main navigation

  • Products and Services

    Products and Services

    • Products and Services

      Our innovative products and services for learners, authors and customers are based on world-class research and are relevant, exciting and inspiring.

    • Academic Research, Teaching and Learning
    • English Language Learning
    • English Language Assessment
    • International Education
    • Education resources for schools
    • Bibles
    • Educational Research & Network
    • OCR
    • Cambridge Assessment Admissions Testing
    • Cambridge CEM
    • Partnership for Education
    • Cambridge Dictionary
    • The Cambridge Mathematics Project
    • CogBooks
    • Bookshop
  • About Us

    About Us

    • About Us

      We unlock the potential of millions of people worldwide. Our assessments, publications and research spread knowledge, spark enquiry and aid understanding around the world.

    • What we do
    • Our story
    • People and planet
    • Diversity and inclusion
    • Annual Report
    • News and insights
    • Governance
    • Legal
    • Accessibility
    • Rights and permissions
    • Contact us
    • Media enquiries
  • Careers

    Careers

    • Careers

      No matter who you are, what you do, or where you come from, you’ll feel proud to work here.

    • Careers
    • Jobs
    • Benefits
Ubah Bahasa
English Language Assessment
  • Halaman Pembuka
  • Mengapa pilih kami?

    Mengapa pilih kami?

    • Siapa yang menerima peperiksaan kami?
    • Visa dan imigresen
  • Peperiksaan dan ujian

    Peperiksaan dan ujian

    • Cambridge English Qualifications Cambridge English Qualifications
    • Schools
    • General and higher education
    • Business
    • Pre A1 Starters (YLE Starters)
    • A1 Movers (YLE Movers)
    • A2 Flyers (YLE Flyers)
    • A2 Key for Schools (KET)
    • B1 Preliminary for Schools (PET)
    • B2 First for Schools (FCE)
    • A2 Key (KET)
    • B1 Preliminary (PET)
    • B2 First (FCE)
    • C1 Advanced (CAE)
    • C2 Proficiency (CPE)
    • B1 Business Preliminary (BEC Preliminary)
    • B2 Business Vantage (BEC Vantage)
    • C1 Business Higher (BEC Higher)
    • Linguaskill Linguaskill
    • IELTS IELTS
    • Cara mendaftar
    • Sijil hilang
    • Tempah peperiksaan
    • Cambridge English Scale
    • Piawaian bahasa antarabangsa diperjelas
  • Mempelajari Bahasa Inggeris

    Mempelajari Bahasa Inggeris

    • Maklumat untuk ibu bapa
  • Mengajar Bahasa Inggeris

    Mengajar Bahasa Inggeris

    • Kelayakan mengajar untuk individu
    • CELTA
    • Delta
    • TKT (Teaching Knowledge Test)
    • Kelayakan mengajar untuk sekolah dan kementerian
    • CELT-P
    • CELT–S
    • Bahasa Pengajaran
    • Sijil Kemahiran EMI
    • Train the Trainer
    • Pembangunan Profesional
    • Rangka Kerja Mengajar Bahasa Inggeris Cambridge
    • Kerangka Pelatih Bahasa Inggeris Cambridge
    • Menjadi pemeriksa Bahasa Inggeris Cambridge
    • Kelas Bahasa Inggeris baru anda
    • Sumber untuk guru
    • Sumber mengajar Am bahasa Inggeris
    • Webinar untuk guru
    • Information for preparation centres
  • Berita
  • Peristiwa
  • Bantuan
  • Tentang kami
  • Test your English
  • Tempah peperiksaan
  • Siapa yang menerima peperiksaan kami?
English Language Assessment

You are here:

  1. Cambridge English
  2. Find a centre
  3. Pusat peperiksaan
  4. Sokongan untuk pusat

Sokongan untuk pusat

  • Pusat peperiksaan
    • Pelbagai jenis pusat
    • Bagaimana menjadi pusat
    • Sokongan untuk pusat

Peperiksaan Cambridge English diambil oleh lebih 5 juta pelajar setiap tahun. Ia diambil melalui rangkaian lebih daripada 2,800 pusat peperiksaan merentasi 130 negara. Kami bekerja rapat dengan pusat kami dan komited untuk menyediakan mereka dengan sokongan ekstensif dalam semua aspek menyediakan peperiksaan kami. Kami tempatkan pusat dan pelanggan di tengah perniagaan kami, dan sentiasa berusaha untuk mencari banyak lagi dan cara lebih baik menyokong dan membantu mereka. Kami adalah ahli Institute of Customer Service dan menyepadukan prinsip kecemerlangan perkhidmatan pelanggan merentasi semua bahagian perniagaan kami. Kami juga memastikan bahawa kakitangan menjalani latihan perkhidmatan pelanggan komprehensif.

Peperiksaan kelas-pertama

Peperiksaan Cambridge English menawarkan pelbagai jenis penilaian yang luas yang merangkumi semua tahap keupayaan berbahasa. Dikuatkan oleh penyelidikan ekstensif dan berdasarkan kemahiran bahasa kehidupan sebenar, setiap peperiksaan boleh harap sebagai tepat, saksama dan sesuai untuk tujuan.

Kami melabur agak banyak sumber dalam membina pengiktirafan peperiksaan kami dan kini ia diiktiraf oleh lebih daripada 20,000 organisasi di seluruh dunia, termasuk pihak berkuasa imigresen dan universiti.

Memenuhi keperluan pusat

Peperiksaan boleh diperoleh
Kami menawarkan lebih daripada 300 peluang untuk mengambil peperiksaan Cambridge English setiap tahun. Sesetengah peperiksaan kini boleh diperoleh atas permintaan - bermakna anda boleh memilih tarikh.

Versi baru peperiksaan
Kami telah perkenalkan versi baru peperiksaan untuk membantu anda dan calon anda. Contohnya, versi 'for Schools' baru Cambridge English: Key, Cambridge English: Preliminary dan Cambridge English: First membolehkan anda untuk menawarkan peperiksaan yang berkaitan dengan kumpulan usia dan tahap Bahasa Inggeris mereka.

Pilihan berasakan Komputer
Kami telah melabur dalam cara yang berlainan dalam menyampaikan peperiksaan, termasuk pengujian berasaskan komputer, memberi calon lebih pilihan dan kefleksibelan. Kami menyediakan ujian sampel dalam talian, percuma untuk membantu calon membiasakan diri dengan format peperiksaan.

Maklumat keputusan dalam talian
Kami menyediakan Perkhidmatan Pengesahan Keputusan yang membantu Organisasi Yang Mengiktiraf dari segi kemudahan mendapatkan sendiri keputusan calon, dengan itu keputusan mereka lebih terjamin selamat dan peperiksaan menjadi lebih berharga bagi calon.

Sokongan pemasaran

Kami faham bahawa anda mahu memasarkan peperiksaan ini dan menimbulkan kesedaran di kalangan sekolah, ibu bapa dan kumpulan-kumpulan lain. Untuk membantu anda, kami boleh menyediakan:

  • Logo Pusat Yang Diluluskan supaya anda boleh mengiklankan kedudukan pusat anda pada laman web dan bahan-bahan cetakan anda
  • Sijil Pusat Yang Diluluskan untuk dipaparkan di pusat anda
  • risalah percuma, termasuklah penterjemahan kedalam beberapa bahasa
  • poster percuma
  • seminar dan acara latihan untuk guru di seluruh dunia, termasuklah seminar dalam talian
  • permainan percuma dalam talian yang boleh dimainkan oleh calon sambil meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris
  • Aplikasi percuma.

Laman web Cambridge English Language Assessment menerima lebih daripada 4 juta pengunjung setahun dan dapat menolong calon menjumpai pusat anda melalui kemudahan Pencarian Pusat kami. Laman web ini mengandungi maklumat yang berguna tentang peperiksaan kami dan juga buku-buku kecil yang boleh dimuat turun oleh calon dan guru untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang peperiksaan kami.

Kami juga telah membina komuniti dalam talian yang rancak melalui Facebook, supaya calon (yang lama dan yang baru) berpeluang menghubungi kami dan berinteraksi antara satu sama lain. Media sosial membantu kami merapatkan diri dengan calon dan meninggikan profil peperiksaan kami.

Di berbilang negara dan kawasan, terdapat pejabat atau wakil tempatan Cambridge English Language Assessment yang boleh membantu anda merancang pemasaran dan memberikan nasihat tentang cara meningkatkan profil pusat anda. Mereka juga mengatur perjumpaan Pengurus Peperiksaan Pusat untuk memberi anda peluang berjumpa dengan para Pengurus Peperiksaan Pusat yang lain dan wakil-wakil Cambridge English Language Assessment untuk bertukar-tukar idea.

Pengendalian peperiksaan dengan mudah

Kami cuba meringkaskan pengendaliannya dengan seberapa yang boleh, sambil memastikan peraturannya jelas dan dipiawaikan seluruh dunia. Kami akan memberi anda:

  • dokumen yang jelas setiap tahun untuk menerangkan apa yang perlu dilakukan
  • bahan untuk menolong anda mengendalikan peperiksaan
  • senarai semakan yang boleh disesuaikan khususnya mengikut keperluan sendiri
  • sistem kemasukan dalam talian yang mudah digunakan untuk menghantar Pengesahan kemasukan secara e-mel
  • keputusan dalam talian bagi kebanyakan peperiksaan untuk mencepatkan dan memudahkan anda mendapatkan maklumat
  • maklumat terkini secara tetap melalui surat berita yang dihantar secara e-mel
  • Connect Plus – sistem penghantaran ujian berasaskan komputer kami yang baru.

Mencepatkan proses peperiksaan
Kami sentiasa mencari cara-cara menambah baik dan mencepatkan pemprosesan peperiksaan. Baru-baru ini, kami memperkenalkan inisiatif Faster Results dan hasilnya, banyak keputusan dikeluarkan jauh lebih awal daripada dahulu.
Kami juga boleh menyediakan kemudahan yang membolehkan pusat-pusat mencetak kertas jawapan di tempat sendiri, mengimbas jawapan calon, dan menghantarnya balik terus kepada kami supaya kami boleh mula menandanya pada hari yang sama. Ini akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih cepat dan lebih fleksibel lagi bagi calon anda.

Menolong anda mengendalikan peperiksaan Cambridge English

Cambridge English Language Assessment menyediakan pemeriksa ujian Speaking di United Kingdom. Bagi negara-negara lain, kami menggunakan sistem Ketua Sokongan Profesional untuk menguruskan dan menjamin kualiti ujian Speaking dan pemeriksa ujian Speaking.

Pemiawaian antarabangsa pengendalian dan penilaian ujian Speaking dicapai dengan:

  • rangkaian ahli profesional dalam struktur hierarki sistem Ketua Pasukan (TL)
  • set prosedur jaminan kualiti (QA) untuk pemeriksa: Pendaftaran, Proses Induksi, Latihan, Persijilan, dan Maklum Balas Tentang Prestasi
  • pelbagai dokumentasi dan sumber dalam talian yang memudahkan pelaksanaan prosedur QA.

Ketua Sokongan Profesional (PSL) dan Ketua Pasukan Kawasan (RTL) dilantik untuk menguruskan aspek-aspek profesional pengendaliannya di sesebuah negara atau kawasan. Mereka berkomunikasi terus dengan Cambridge English Language Assessment dan Pengurus Peperiksaan Pusat (CEM) tentang hal-hal yang berkait dengan sistem TL dan pemeriksa ujian Speaking di negara masing-masing.

Terdapat kitaran tahunan prosedur QA yang akan diuruskan oleh PSL/RTL. Mereka juga akan menyokong CEM, iaitu menjawab soalan dan memberikan nasihat tentang pelaksanaan pada peringkat pusat.

Latihan

Kami tahu ada antara peraturan kami yang baru bagi anda, maka kami berikan latihan tentang cara mengendalikan peperiksaan. Latihan ini merangkumi:

  • latihan bersemuka percuma
  • modul belajar sendiri dalam talian
  • latihan masa nyata oleh anggota kakitangan Cambridge English melalui internet
  • bahan-bahan untuk digunakan semasa melatih penyelia dan pengawas peperiksaan anda.

Sesi latihan bersemuka yang diadakan beberapa kali setahun di Cambridge telah menerima maklum balas yang sangat baik daripada peserta:

“Acara latihan yang hebat, pasukan yang peramah, suka membantu dan menjawab soalan berdasarkan pengetahuan yang luas.”

“Saya amat tertarik oleh sikap kakitangan yang profesional dan peramah. Mereka membuatkan kami berasa dihargai dan bahawa semua pertanyaan dan komen kami dialu-alukan dan layak diberi perhatian.”

Pasukan Sokongan Pusat kami menghubungi setiap pusat baru dan menawarkan khidmat menerangkan proses peperiksaan serta menjawab soalan sama ada secara e-mel ataupun melalui telefon.

Kami juga mengatur lawatan sokongan untuk pusat-pusat baru, di mana seorang wakil kami akan melawat anda semasa salah satu sesi peperiksaan anda yang pertama untuk menasihatianda tentang pengendalian dan peraturan peperiksaan. Ini akan dilakukan selain program pemeriksaan tetap.

Kami telah menerima maklum balas yang sangat bagus daripada pusat-pusat tentang lawatan sokongan ini:

“Kami sangat bersyukur atas lawatan sokongan ini. Perkhidmatan ini sangat baik dan telah banyak menolong kami.”

“Nasihat dan sokongan yang sangat baik disampaikan dengan mesra dan ini dapat menyenangkan hati kami semua semasa sesi peperiksaan kami yang pertama.

Membantu anda menjawab pertanyaan

Kami tahu anda tentu mempunyai soalan tentang peperiksaan kami, pengendaliannya dan sistem-sistem kami, dan kami mahu menolong anda dalam hal ini. Jika anda tidak menjumpai jawapannya dalam dokumen kami ataupun di laman web kami, pasukan kami di Cambridge sedia membantu anda. Meja Bantuanberkhidmat dari hari Isnin hingga Jumaat (08.30-17.00 waktu UK). Mereka mencatatkan dan menjejaki setiap hubungan pada sistem pusat supaya panggilan atau e-mel anda dipantau dan boleh ditangani. Perkhidmatan ‘sembang secara langsung’ juga disediakan dan sangat popular.

Jika anda mengendalikan peperiksaan pada hari Sabtu atau Ahad, kami menyediakan talian bantuan kecemasan yang boleh dihubungi jika anda menghadapi sebarang isu minit terakhir yang mendesak. Talian telefon juga disediakan untuk bertanya tentang perisian foto hari ujian jika timbul persoalan pada hari tersebut.

Jika soalan anda mengenai sesuatu yang teknikal, kami menyediakan khidmat pasukan Sokongan Aplikasi yang terdiri daripada juruteknik yang memahami semua sistem kami secara terperinci dan boleh bersambung dengan komputer anda untuk menyampaikan taraf perkhidmatan yang tinggi. Pasukan ini berkhidmat dari hari Isnin hingga Jumaat (08.30-17.00 waktu UK) dan juga 24 jam sehari, tujuh hari seminggu apabila peperiksaan berasaskan komputer sedang berjalan.

Bantuan untuk guru dan pusat persediaan anda

Kami menolong anda menyokong pusat-pusat persediaan anda,iaitu dengan cara:

  • memberi mereka akses kepada keputusan mereka dalam talian
  • menyediakan beberapa bahan pemasaran di laman sokongan kami, Cambridge English Online untuk pusat-pusat persediaan
  • memberi anda logo khas yang boleh anda berikan pula kepada pusat-pusat persediaan anda
  • menyediakan sijil yang boleh anda beri mereka untuk dipaparkan di sekolah masing-masing
  • menyampaikan kepada mereka maklumat terkini melalui surat berita yang dihantarkan secara tetap melalui e-mel
  • mengadakan pertandingan pusat persediaan tahunan yang menawarkan hadiah perjalanan percuma ke Cambridge untuk menghadiri siri seminar dan aktiviti.

Kami mempunyai pelbagai sumber, sokongan dan maklumat yang dapat menolong anda mempersiapkan pelajar anda sebelum menghadapi peperiksaan.

Maklumat untuk sekolah

Manfaat menjadi sekolah berdaftar

Skim Pusat Platinum

Jika anda salah sebuah pusat kami yang berprestasi baik, anda mungkin dipelawa mendaftarkan diri untuk menyertai Skim Pusat Platinum. Sebagai Pusat Platinum, anda mendapat manfaat istimewa, seperti latihan penjualan dan pemasaran, sumber seminar percuma, dan peluang dicalonkan sebagai pemenang anugerah Pusat Platinum tahunan. Anda juga layak menerima rebat dan pengetepian yuran pendaftaran pusat, maka peluang menjadi Pusat Platinum ini sangat bagus.

Sebagai Pusat Platinum, anda akan diberi sasaran kemasukan tahunan, dan anda akan terlibat dengan projek dan inisiatif pembangunan, maka anda akan dapat menjalinkan ikatan yang lebih kukuh lagi dengan Cambridge English Language Assessment.

Jika anda sudah beroperasi sebagai pusat peperiksaan yang dibenarkan dan ingin menjadi Pusat Platinum, sila hubungi Cambridge English Language Assessment Helpdesk untuk maklumat lanjut.

Perundingan

Kami percaya bahawa sangat penting kami berunding dengan pusat dan melibatkan anda pada peringkat awal perubahan yang kami rancang. Kami menghubungi anda untuk meminta maklum balas tentang inisiatif dan idea, dan kami menawarkan anda peluang melibatkan diri dalam projek dan percubaan sistem dan proses baru.

Perjanjian tahap perkhidmatan

Pertanyaan am oleh pusat
Kami bermatlamat akan:

  • menjawab pertanyaan dalam masa satu hari kerja dan memberikan penyelesaian atau laporan kemajuan dalam masa tiga hari kerja
  • mengesahkan kelulusan bagi kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa empat minggu selepas menerima borang kebenaran menduduki peperiksaan yang diisi dengan betul
  • mengemaskinikan butir-butir perhubungan pusat anda dalam masa dua hari kerja selepas anda membuat permohonan.

Pertanyaan tentang keputusan
Kami bermatlamat akan:

  • memberitahu pusat hasil pertanyaan mereka tentang keputusan (penyemakan oleh kerani) dalam masa lima hari kerja
  • memberitahu pusat hasil pertanyaan mereka tentang keputusan (penandaan semula) dalam masa 15 hari kerja.

Aduan
Kami bermatlamat akan:

  • mengaku terima semua aduan dalam masa dua hari kerja
  • menyiasat aduan dan memberikan jawapan dalam masa 10 hari kerja.

Di laman ini

  • Halaman Pembuka
  • Mengapa patut pilih Cambridge English?
  • Peperiksaan dan ujian
  • Mempelajari Bahasa Inggeris
  • Mengajar Bahasa Inggeris
  • Berita
  • Peristiwa
  • Bantuan
  • Mengenai Kami
  • ALTE logo
  • English Profile logo
  • Cambridge University Press
  • Cambridge Assessment logo
  • BSI Logo

Lihat laman-laman web yang berkaitan

  • Laman utama Cambridge English
  • Meja Bantuan Cambridge English
  • Cambridge English Schools
  • Laman web Pusat Peperiksaan
  • Cambridge English for Centres
  • Pusat Persediaan Dalam Talian
  • Perkhidmatan Pengesahan Keputusan
  • Ujian Bahasa Inggeris Pekerjaan
  • ALTE
  • English Profile
  • Cambridge University Press & Assessment
  • Pengujian Kemasukan Cambridge Assessment
  • Michigan Language Assessment
  • Cambridge Assessment Japan Foundation


© Cambridge University Press & Assessment

  • Terma & syarat
  • Perlindungan data
  • Kenyataan aksesibiliti
  • Kenyataan pengabdian moden
  • Peta laman
Kembali ke atas