Bagaimanakah saya dapat memotivasikan pelajar saya setelah gangguan terhadap pembelajaran mereka?
Coronavirus telah mengubah dunia pelajar kita. Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk memotivasikan mereka untuk kembali terlibat dalam pembelajaran bahasa Inggeris?
Menjadikan pembelajaran bermakna
Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang serta berkongsi dengan pelajar anda untuk memberi mereka tujuan dan arah. Bersedia untuk peperiksaan dapat menyokong mereka.
Berbicara tentang situasi
Memahami bagaimana perasaan pelajar anda terhadap wabak tersebut akan membantu anda menyokong mereka untuk kembali semula.
Cuba rancangan pelajaran COVID-19 kami:
Rancangan pelajaran kehidupan selepas penutup dan penyekatan (Tahap B1)
Rancangan pelajaran kehidupan selepas penutup dan penyekatan (Tahap B2 – C1)
Mereka dinding motivasi
Mereka dinding berelemen positif di dalam kelas atau alat berteknologi seperti Padlet. Gunakannya untuk berkongsi mesej motivasi pendek setiap minggu.
Salam Jumaat!
Beri pelajar lima minit pada hari Jumaat untuk memikirkan sorotan mereka dalam minggu tersebut. Contohnya, sesuatu yang telah mereka lakukan dengan baik atau mesej terima kasih. Para peserta boleh menulis idea mereka pada dinding motivasi.
Cuba pilihan idea untuk melihat perkara yang paling sesuai dengan kelas anda. Semoga berjaya!
Sesetengah pelajar saya berpendapat mereka lupa cara bertutur dalam bahasa Inggeris. Bagaimana saya boleh membina semula keyakinan diri mereka?
Para pelajar mungkin kembali ke sekolah selepas berjauh berbulan-bulan lamanya atau masih belajar dalam talian. Mereka mungkin tidak mempunyai peluang untuk berlatih berbahasa Inggeris. Tidak hairanlah ada antara mereka yang hilang keyakinan.
Yang berikut adalah beberapa petua yang mungkin berguna untuk anda:
- Fikirkan siapa yang paling sesuai dengan pelajar anda. Mereka akan menghargai untuk bekerja dengan rakan yang rapat atau seseorang yang mereka percayai dan berasa selamat.
- Cari permainan dan aktiviti bertutur untuk pelajar berlatih secara pasangan. Ini akan mengurangkan ketakutan mereka seasa bercakap di hadapan seluruh kelas.
- Semasa anda memantau aktiviti bertutur, catatkan perkara yang ingin anda beri maklum balas. Cuba fokus pada perkara positif yang dilakukan oleh pelajar semasa anda memberi maklum balas.
- Luangkan masa untuk aktiviti pemanas di awal kelas dan aktiviti penyejuk di akhir kelas. Banyak aktiviti seronok ini dirancang untuk tujuan tujuan praktis. Oleh itu, aktiviti ini memotivasikan dan menggalakkan pelajar anda.
Semoga berjaya dan terus bertutur itu amalan baik.
Pelajar saya berkeperluan khas mendapati bahawa gangguan dalam pembelajaran amat sukar. Bagaimana saya boleh membantu mereka?
Pelajar berkeperluan khas mungkin mendapati gangguan dalam pembelajaran amat sukar. Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda menyokongnya dalam ketika kembali ke kelas bahasa Inggeris.
Cuba buat semula rutin untuk membantu mereka menyelesaikan dengan lebih cepat dan menerangkan sebarang apa-apa perubahan dan sebab perubahan itu diperlukan. Sediakan struktur dengan menetapkan matlamat boleh dicapai bagi setiap pelajaran, yang boleh dikaitkan dengan matlamat jangka panjang bagi sesuatu peperiksaan.
Komunikasi yang baik adalah sangat penting. Jika boleh, lakukan perbualan satu lawan satu dengan mereka untuk memahami perasaan mereka dan membantu meredakan kegelisahan mereka. Hal ini juga penting untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.
Gunakan kerja pasangan dan kerja kumpulan akan memberi mereka peranan yang menggunakan kelebihan mereka dengan sepenuhnya.
Pertimbangkan keperluan mereka semasa memberi kerja rumah; contohnya pelajar dengan disleksia dapat menghasilkan video atau podcast dan bukannya teks bertulis.
Bantu mereka meluahkan perasaan dengan cara yang selamat, contohnya menulis cerita atau menggunakan kad imbas emosi atau menggalakkan mereka untuk menyimpan jurnal pembelajaran (bertulis atau video/audio).
Raikan kejayaan. Lihat kembali matlamat supaya mereka tahu apa yang telah mereka capai.
Jangan lupa bahawa amalan baik norma di kelas bahasa Inggeris boleh membantu semua pelajar anda, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas, seperti menyampaikan matlamat dan memberikan arahan serta contoh yang jelas.