Pre A1 Starters adalah ujian yang ditujukan kepada kanak-kanak di peringkat pendidikan rendah dan menengah rendah serta direka untuk membantu mereka membina keyakinan diri mereka apabila mereka baru sahaja bermula mempelajari Bahasa Inggeris.
Pre A1 Starters adalah ujian yang terawal dalam ujian-ujian Cambridge English: Young Learners. Kanak-kanak boleh mempertingkatkan Bahasa Inggeris mereka selangkah demi selangkah, dengan bergerak dari Pre A1 Starters ke A1 Movers dan kemudian ke A2 Flyers.
Pre A1 Starters adalah ujian yang direka untuk memberikan semangat kepada kanak-kanak dan memberikan mereka keyakinan sepenuhnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Ujian ini:
- adalah berasaskan topik-topik dan situasi yang biasa
- memupuk kemahiran yang mereka perlukan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Semakin baik kanak-kanak dapat membina keyakinan, semakin bersemangat mereka mempelajari Bahasa Inggeris dan menggunakannya pada peringkat yang lebih mencabar.
Pre A1 Starters adalah bertahap apa?
Ujian Pre A1 Starters berada betul-betul di bawah Tahap A1 pada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Ia memberikan kanak-kanak asas yang baik untuk pembelajaran bahasa dan menunjukkan kepada anda bagaimanakah prestasi mereka dalam Bahasa Inggeris.
Ujian ini meliputi kesemua empat kemahiran bahasa – mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Pre A1 Starters ialah langkah yang pertama ke arah mempelajari kemahiran Bahasa Inggeris yang praktikal dan nyata yang akan membantu kanak-kanak:
- menggunakan internet dan media yang lain dalam Bahasa Inggeris
- menikmati buku, lagu-lagu, televisyen dan filem dalam Bahasa Inggeris
- berkawan di seluruh dunia
- menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antarabangsa
- bersiap-sedia untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya di masa hadapan.
Dengan Pre A1 Starters, tiada lulus atau gagal. Semua kanak-kanak mendapat pengiktirafan Cambridge English, yang meraikan pencapaian, membina keyakinan diridan memberi ganjaran kepada mereka bagi mengembangkan kemahiran berkomunikasi.
Pengiktirafan ini menunjukkan berapa banyak perisai yang telah diterima oleh seorang kanak-kanak. Jika mereka telah mendapat 10 atau 11 perisai dan lebih, mereka seharusnya sudah bersedia untuk memulakan persiapan bagi A1 Movers, ujian kedua di dalam turutan Cambridge English: Young Learners.
Dihormati di peringkat antarabangsa, Pre A1 Starters:
- menyediakan ujian yang paling boleh dipercayai, yang dapat menilai tahap kemahiran bahasa seorang kanak-kanak
- meliputi semua jenis utama Bahasa Inggeris (cth. Inggeris British, Inggeris Amerika)
- direka adil kepada pengguna dari semua negara dan latarbelakang linguistik
- dan disokong oleh program penyelidikan yang terbesar dari jenisnya
- boleh diambil oleh kanak-kanak yang mempunyai pelbagai keperluan khas (dalam Bahasa Inggeris).
Untuk membantu kanak-kanak mempertingkatkan Bahasa Inggeris dan bersedia untuk ujian mereka, kami mempunyai pelbagai jenis produk dan perkhidmatan sokongan.
Ketahui lebih lanjut mengenai sokongan yang tersedia